Penikaman Salman Rushdie

Penikaman Salman Rushdie
Panggung amfiteater tempat kejadian (gambar diambil 20 Julai 2022)
Map
Tarikh12 Ogos 2022 (2022-08-12)
Masas. 10:47 am[1] (Zon Waktu Timur)
LokasiAmfiteater Chautauqua[2] Institusi Chautauqua, Chautauqua, New York, AS
Koordinat42°12′30″N 79°27′51″W / 42.2084°N 79.4643°W / 42.2084; -79.4643Koordinat: 42°12′30″N 79°27′51″W / 42.2084°N 79.4643°W / 42.2084; -79.4643
JenisPenikaman
SasaranSalman Rushdie
Kecederaan2
Penahanan1
TertuduhHadi Matar
TuduhanCubaan membunuh darjat dua, serangan darjat dua

Pada 12 Ogos 2022, seorang lelaki menikam novelis British-Amerika kelahiran India, Salman Rushdie beberapa kali ketika mula memberi syarahan umum di Institusi Chautauqua di Chautauqua, New York, Amerika Syarikat.[3][4][5] Pengasas bersama City of Asylum, Henry Reese, yang juga berada di atas pentas dan akan mula menemu bual Rushdie, mengalami kecederaan ringan di kepala semasa serangan itu. Seorang suspek berusia 24 tahun, Hadi Matar, ditahan di tempat kejadian. Matar didakwa pada hari berikutnya dengan cubaan membunuh dan menyerang.

Rushdie telah hidup di bawah ancaman pembunuhan sejak kerajaan Iran menyeru agar dia dihukum bunuh dan menetapkan habuan untuk kematiannya berikutan penerbitan novel keempatnya, The Satanic Verses pada 1988.

  1. ^ Gelles, David; Root, Jay; Harris, Elizabeth (12 Ogos 2022). "Live Updates: Salman Rushdie Is Stabbed During Speech in Western New York". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  2. ^ Sommer, Mark; Becker, Maki. "Suspect identified after author Salman Rushdie stabbed in neck at Chautauqua Institution". The Buffalo News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  3. ^ Goodman, Joshua (12 Ogos 2022). "Author Salman Rushdie attacked on lecture stage in New York" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  4. ^ Staniszewski, Eugene J. (12 Ogos 2022). "State Police are investigating an attack on author Salman Rushdie". New York State Police Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  5. ^ "Salman Rushdie & Henry Reese". Chautauqua Institution (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search